Monday, 12 March 2012

#6 Pemerintah dan Rakyat


Pada minggu lepas, saya berkesempatan mengikuti satu Seminar Wacana Pemikiran Dato’ Dr. Hassan Ahmad yang diadakan di Perpustakaan Tuanku Bainun. Seminar ini diadakan bagi mengingati perjuangan Dato’ Dr. Hassan dalam memartabatkan Bahasa Melayu di negara kita. Para pembentang dalam seminar ini terdiri daripada pakar bahasa dan pejuang bahasa yang terus menerus memartabatkan Bahasa Melayu ke satu peringkat yang lebih tinggi.

Semasa mengikuti seminar ini, saya tertarik kepada ungkapan yang dilontarkan oleh Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr. Awang Sariyan, “Umpama pohon dengan akarnya. Mana mungkin tanpa akarnya pohon tersebut mampu berdiri teguh”.

Ungkapan ini memberikan maksud yang cukup mendalam dan setiap orang mampu memberi tafsiran yang tersendiri terhadap ungkapan ini. Bagi saya, ungkapan ini boleh ditafsirkan dan dikaitkan dengan pemerintah dan juga rakyat. Kebergantungan kedua-dua pihak ini akan mampu membawa negara ke arah yang lebih baik.

Dalam mencapai status negara maju 2020, negara kita perlu memantapkan semua elemen yang perlu bagi memastikan matlamat untuk mencapai negara maju benar-benar tercapai. Oleh hal demikian, pihak pemerintah perlu memantapkan segala sistem perkhidmatan supaya maklumat yang dikeluarkan oleh kerajaan dapat disalurkan kepada seluruh rakyatnya. Untuk memantapkan sistem perkhidmatan tersebut, hubungan baik antara rakyat dengan pemerintah perlu di tingkatkan selaras dengan slogan, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” .



No comments:

Post a Comment