Thursday, 8 March 2012

#4 Okay, Next!

Siapa yang tidak pernah menggunakan perkataan okay, next, meeting, discussion dan sebagainya. Saya pasti, rata-rata mahasiswa menggunakannya. Lebih ketara, kita dapat perhatikannya semasa persembahan atau pembentangan. Contoh;

- Okay, persembahan yang bagus. Next ( sebagai arahan )
- Eh, malam ni ada discussion tak?
- Hari-hari ada meeting!

Sedar atau tidak, kita sentiasa menggunakan perkataan in semasa berkomunikasi secara informal mahupun dalam situasi yang formal. Jika dilihat dari sudut penggunaan bahasa Melayu tinggi, kita masih berada pada tahap yang rendah kerana tidak dapat menggunakan bahasa Melayu dengan baik. Apa salahnya jika kita gunakan bahasa Melayu sepenuhnya.

- Baik, persembahan yang bagus. Seterusnya..
- Eh, malam ni ada perbincangan tak?
- Hari-hari ada mesyuarat!

Seandainya kita ingin gunakan bahasa Inggeris dalam perbualan kita, lebih baik kita gunakan bahasa Inggeris sepenuhnya. Tidak perlu untuk mencampuradukkan penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris. Kita tahu bahawa pengaruh penggunaan bahasa Inggeris sangat hebat pada zaman sekarang. Namun, kita perlu bijak dalam menggunakannya. Kita tidak mahu suatu hari nanti, akibat daripada pencampuran sebegini akan menyebabkan perkembangan bahasa Melayu baku akan terbantut. Sama-samalah kita menjayakan hasrat kerajaan untuk:

-Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Penguasaan Bahasa Inggeris-


No comments:

Post a Comment