Petang ini, saya telah meluangkan
sedikit masa membaca akhbar. Pelbagai berita terkini dapat saya ikuti. Dalam
pembacaan tersebut, saya begitu tertarik dengan penulisan Ridhuan Tee Abdullah
dalam ruangan Kolumnis (sini). Apa yang menariknya, beliau telah membicarakan
tentang bahasa, adat dan agama.
Beliau telah
menerangkan dengan jelas bahawa penyebaran agama berlaku dengan menggunakan
bahasa. Bahasa menjadi alat untuk berdakwah dan menyebabkan pedagang Arab, Cina
dan India telah berusaha mempelajari bahasa Melayu agar dapat memperluaskan
penyebaran agama Islam.
Kita tahu bahawasanya
bahasa, adat dan agama merupakan satu perkara penting yang perlu kita jaga dan
hormati. Namun, dalam mencapai sesuatu, kita asyik mengetepikan perkara ini. Dan
paling malang apabila kita telah mensia-siakan perkara yang selama ini kita jaga.
Oleh hal demikian, kita
perlulah kembali kepada asal usul kita. Kita perlu kenal siapa diri kita. Dengan
cara ini, kita akan lebih menghormati agama, adat dan juga bahasa.
No comments:
Post a Comment