Wednesday, 14 March 2012

#8 Kasar dan Kesat


Bahasa merupakan suatu elemen yang penting dalam kehidupan. Manusia menggunakan bahasa sebagai medium untuk berkomunikasi, sama ada secara langsung atau bertulis. Percakapan atau tulisan yang menggunakan bahasa yang baik dan teratur akan memberi makna yang mendalam dan juga mampu menyentuh perasaan. Justeru, Islam menggalakkan umatnya menggunakan bahasa yang indah dan baik-baik apabila bertutur.

Rasulullah S.A.W. sendiri berdakwah menggunakan bahasa yang paling baik dan halus dan tidak pernah menggunakan bahasa yang kesat dan kasar dalam pengucapan baginda. Sifat ini seharusnya dicontohi terutama sekali para remaja supaya dapat menggunakan bahasa yang baik dan teratur dalam percakapan seharian.

Namun, kebanyakan remaja pada hari ini tidak mengamalkan penggunaan bahasa yang baik. Mereka lebih gemar menggunakan perkataan yang kasar dan kesat. 
Contoh;


Individu A: Sakitlah bodoh! Mata letak mana, buta ke? Kepala otak kau dah biol ke?


Individu B: Engkaulah bodoh! Ingat aku sengaja ke? Alah, kau tu lembik semacam je. Kena sikit pun dah nak koma.


Siapa yang harus dipersalahkan jika anak remaja pada hari ini menggunakan perkataan sebegini. Adakah ini bahasa yang kita inginkan?

Bahasa sebegini haruslah dibendung secepat mungkin kerana tidak mustahil sekiranya keunikan bahasa kebangsaan kita, iaitu bahasa Melayu akan pupus di telan dek zaman. Kesedaran dan tanggungjawab itu perlu dalam memartabatkan bahasa kita agar sentiasa utuh dan mendapat tempat di mata dunia.

No comments:

Post a Comment