Penggunaan Bahasa Melayu
‘rojak’ dalam kalangan generasi muda ketika berkomunikasi terutama dalam majlis
formal kian parah, kata Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof
Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak. Perkembangan teknologi moden menerusi telefon
bimbit seperti penggunaan khidmat pesanan ringkas telah meningkatkan lagi
penggunaan bahasa rojak. Selain itu juga, kita dapat lihat bahawa banyak filem
yang ditayangkan pada hari ini lebih gemar menggunakan bahasa rojak berbanding
penggunaan bahasa Melayu yang baku.
Apa itu bahasa rojak?
Bahasa rojak ialah bahasa yang dicampur adukkan penggunaannya. Misalnya penggunaan
bahasa Melayu yang bercampur dengan bahasa asing khususnya bahasa Inggeris.
Contoh penggunaan
bahasa rojak dalam kalangan remaja:
- Tak masuk office ke?
- Best sangat movie tu
kan.
- Jangan susah hati
maa, lu punya bos mesti boleh kaw tim punya maa!
Di atas merupakan
beberapa contoh bahasa rojak yang sering digunakan. Saya pasti, setiap orang
pernah menggunakan bahasa rojak dalam perbualan seharian. Tidak dinafikan
bahawa setiap hari, pertambahan penggunaan bahasa rojak semakin meningkat dalam
masyarakat. Fenomena sebegini jika tidak diatasi secepat mungkin, tidak
mustahil untuk generasi akan datang memasukkannya ke dalam penulisan mereka di sekolah.
Oleh hal demikian, kita
seharusnya memperhebatkan lagi usaha mengukuhkan penggunaan bahasa Melayu dalam
kalangan remaja khususnya pelajar sekolah. Kita perlu menjadikan bahasa Melayu sebagai
jiwa kepada anak bangsa kita. Dengan cara ini, kita akan dapat mengekalkan
penggunaan bahasa Melayu itu dengan betul dan seragam.
Renungkanlah!.
Sumber:
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Penggunaanbahasarojakdikalangangenerasimudakianparah_NaibCanselorUUM/Article/index_html
No comments:
Post a Comment