Monday, 19 March 2012

#11 Mikro oh Mikro


Alhamdulillah, sesi pengajaran mikro telah menutup tirainya pada hari ini. Selepas ini, sesi pengajaran makro pula yang akan menyusul. Seperti biasa, ada banyak perkara yang perlu diperbaiki terutama dari segi cara berkomunikasi. Ramai di antara kami yang masih keliru dengan penggunaan kata sendi nama. Sebagai contoh untuk menggunakan perkataan ‘di’, ‘dekat’, ‘pada’, ‘kepada’ dan sebagainya.

Contoh ayat:

Dekat tangan cikgu ada sekeping kertas.

Ayat ini tidak berapa sesuai untuk digunakan kerana perkataan dekat itu tidak menggambarkan bahawasanya kertas itu betul-betul berada di tangan cikgu. Oleh hal demikian, ayat yang lebih sesuai ialah:

Di tangan cikgu ada sekeping kertas.

Secara kesimpulannya, kita sebagai bakal cikgu perlu menerapkan penggunaan bahasa Melayu tinggi terutama dalam sesi pengajaran. Tambahan pula, kita akan menjadi salah seorang pejuang bahasa di sekolah. Seandainya kita tidak mampu untuk berbahasa Melayu tinggi dengan baik, maka sia-sia sahaja jawatan kita sebagai guru bahasa.

No comments:

Post a Comment