Semua orang tahu bahawa
bahasa isyarat merupakan bahasa yang digunakan oleh golongan yang kurang upaya
seperti pekak ataupun bisu. Apa itu bahasa isyarat? Bahasa isyarat merupakan
satu kaedah komunikasi yang tidak menggunakan suara, tetapi pergerakan tangan,
badan dan bibir untuk menyampaikan maklumat dan melahirkan fikiran seseorang
penutur.
Ejaan jari (finger
spelling) adalah satu perkara yang perlu dan mustahak dalam melakukan
komunikasi oleh orang yang mengalami masalah pendengaran.
Bukan sahaja orang yang
mengalami masalah pendengaran, kita sebagai golongan yang memiliki nikmat
pendengaran juga menggunakan bahasa isyarat dalam kehidupan kita. Sebagai contoh:
Bunyi ketukan pintu =
menandakan seseorang yang menunggu untuk mendapatkan izin untuk masuk ke bilik
atau rumah seseorang.
Meletakkan jari
telunjuk di bibir = memberi arahan supaya senyap.
Setiap orang mempunyai
cara yang tersendiri untuk mengungkapkan bahasa mereka sama ada dalam bentuk
lisan atau bahasa badan atau juga bahasa isyarat. Dalam aspek komunikasi, bahasa
badan merupakan satu kriteria yang perlu diambil perhatian. Hal ini kerana,
melalui gerak badan seseorang, pelbagai tafsiran yang boleh kita buat.
No comments:
Post a Comment