Apabila seseorang itu memperoleh
cucu, kita pasti akan memanggil beliau dengan gelaran datuk. Gelaran ini
merupakan satu gelaran yang akan pasti diperoleh oleh kita tidak kira lambat
atau cepat. Namun, bukan gelaran datuk dalam kekeluargaan yang ingin
diceritakan, tetapi Anugerah Darjah Kebesaran yang membawa gelaran Datuk
dan Dato’.
Kita dapat lihat pada
hari ini, ramai individu yang memperoleh anugerah ini tidak kira yang bergiat
aktif dalam sukan, akademik, politik, hiburan dan sebagainya. Anugerah ini
diberikan adalah untuk menghargai jasa dan pengorbanan mereka kepada negara
yang tercinta ini.
Walau bagaimanapun,
kita sering kali mengalami kekeliruan untuk menulis gelaran ini sama ada untuk
menulis Datuk atau Dato’ dalam penulisan kita.
Kekeliruan ini merupakan perkara biasa dan saya sendiri mengalaminya. Hal ini
terjadi kerana kita tidak mengetahui siapa yang telah menganugerahkan anugerah
ini kepada mereka.
Datuk
ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran yang dianugerahkan
oleh Kerajaan Persekutuan, yakni oleh Yang di-Pertuan Agong dan Kerajaan Negeri
yang tidak mempunyai sultan dan diketuai oleh Yang Dipertua seperti Melaka, Sarawak
dan Sabah.
Contoh penerima
Anugerah Darjah Kebesaran yang membawa gelaran Datuk ialah;
Datuk Lee Chong Wei,
Datuk Nicol Ann David, Datuk Sharifah Aini, Datuk Shah Rukh Khan dan lain-lain.
Sementara itu, Dato’
pula ialah gelaran kehormat bagi penerima Anugerah Darjah Kebesaran
yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Sultan atau Raja.
Contoh penerima
Anugerah Darjah Kebesaran yang membawa gelaran Dato’ ialah;
Dato’ Sheila Majid,
Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ Mizal Zaini, Dato' Idris Md Yusof dan lain-lain
Oleh hal demikian, kita
seharusnya dapat membezakan penggunaan Datuk dan Dato’ apabila membaca sedikit penerangan di atas.
Datuk Shah Rukh Khan
Dato' Mizal Zaini dan Dato' Idris Md Yusof