Pada zaman sekarang,
sesiapa yang tidak tahu untuk menggunakan peralatan teknologi seperti telefon
bimbit, komputer dan sebagainya boleh dianggap ketinggalan zaman. Penggunaan
teknologi ini telah menjadi satu keperluan terutama telefon bimbit. Boleh dikatakan
rata-rata masyarakat pada hari ini mempunyai sekurang-kurangnya dua buah
telefon bimbit setiap orang.
Kita menyedari bahawa
perkembangan teknologi ini adalah untuk memudahkan komunikasi berlaku. Namun
begitu, adakah kita benar-benar memahami cara menggunakan teknologi ini,
terutama telefon bimbit?
Pada pandangan saya,
masih ramai yang tidak pandai menggunakannya. Kenapa saya berkata begini? Saya faham
dan bersetuju bahawa telefon penting dalam hidup kita untuk menyampaikan
maklumat dan komunikasi. Namun, kita tidak boleh menggadaikan nyawa kita
semata-mata hanya untuk menjawab atau membalas panggilan terutamanya semasa
memandu.
Saya pasti perkara ini
sering berlaku dalam kalangan pemandu. Saya juga mengalami perkara yang sama. Tetapi
bukan bermaksud saya yang menggunakan telefon semasa memandu. Pada malam ini,
saya menunggang motosikal seperti biasa. Sampai satu ketika, saya berasa hairan
dengan perlakuan sebuah kereta di hadapan yang mana perlahan dan ada ketikanya
bergerak ke kiri dan ke kanan. Saya mengambil keputusan untuk memotong kereta
tersebut. Semasa cuba memotong kereta tersebut, saya mendapati pemandu tersebut
telah menggunakan telefon semasa memandu.
Pada hemah saya, yang
mana lebih penting, nyawa atau telefon. Andai ingin menggunakan atau bercakap
semasa memandu, silalah menggunakan “handfree”
ataupun berhenti terlebih dahulu. Itu lebih selamat daripada menggunakan terus
semasa memandu. Sesaat terleka, segala-galanya akan musnah. Oleh itu, fikirlah
terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu perkara. Janganlah kita menyesal di
kemudian hari.
No comments:
Post a Comment