Apakah yang dimaksudkan
dengan praanggapan? Mungkin perkataan ini sukar untuk difahami. Namun, jika
perkataan ini ditukar ganti dengan perkataan andaian awal, saya percaya semua
orang akan mengetahui dan memahaminya.
Dalam kehidupan kita
seharian, kita tidak akan terlepas dari membuat andaian awal atau praanggapan
ini. George Yule (1996: 25) menyatakan bahawa praanggapan merupakan sesuatu
yang penutur mengandaikan terjadinya sesuatu perkara sebelum membuat
penyebutan. Maksudnya, kita sering kali membuat andaian awal sebelum melakukan
sesuatu atau mendapatkan sesuatu.
Persoalannya, adakah
andaian atau praanggapan yang kita buat ini sentiasa menepati dengan apa yang
kita cuba lakukan. Saya masih mengingati dengan jelas pesanan seorang profesor
kepada saya yang ditulisnya di ruangan komen dalam media alternatif, facebook.
Menurut beliau,
praanggapan dikenali sebagai mind reading
dalam bahasa Inggeris. Perlakuan sebegini tidak begitu sesuai dilakukan
kerana praanggapan sahaja tidak memadai, kita seharusnya melakukannya bagi
mendapatkan keputusan yang betul dan jelas.
Namun demikian, kerana
emosi kita sering mengamalkan praanggapan ini dan kerana emosi jugalah
praanggapan yang kita buat berkemungkinan menyebabkan pandangan kita terhadap
sesuatu perkara itu akan berubah.
Oleh hal demikian, kita
perlulah berfikiran matang dalam menilai dan membuat tanggapan. Dengan itu,
kita mampu untuk memahami sesuatu perkara itu sebaik mungkin.
No comments:
Post a Comment