Pada hari ini,
pengajaran makro diteruskan seperti biasa. Seperti biasa, selepas pengajaran
makro dilakukan, sesi penilaian akan dibuat supaya pengajar mampu menyedari
kekurangan dalam pengajaran yang dibuat. Dalam penilaian tersebut, kami diingatkan
supaya memilih perkataan yang betul-betul sesuai dengan makna yang ingin
disampaikan.
Kesalahan ketara yang
sering kami lakukan adalah penggunaan perkataan ‘rasa’. Contohnya, ‘saya rasa,
guru tidak …’, ‘saya rasa, sepatutnya mereka…’ dan sebagainya.
Perkataan ‘rasa’ lebih
sesuai dirujuk kepada penggunaan lidah untuk merasa sesuatu. Dalam contoh di
atas, penggunaan ‘rasa’ tidak sesuai kerana guru tidak boleh kita rasa. Seandainya
kita menggunakan kata ‘rasa’ itu, bererti kita ingin menjilat guru tersebut.
Oleh hal demikian,
lebih elok ditukarkan perkataan ‘rasa’ kepada perkataan lain yang lebih sesuai.
Sebagai contoh, ‘saya perhatikan, guru tidak…’, ‘pada pandangan saya, sepatutnya
mereka…’.
Pemilihan perkataan
yang sesuai sangat perlu terutama dalam komunikasi lisan dan juga bertulis. Hal
ini demikian kerana, kesilapan dalam pemilihan perkataan akan memberi kesan
kepada makna yang ingin disampaikan di dalam sesuatu komunikasi tersebut.
No comments:
Post a Comment