ANTROPOLOGI
– Pengajian saintifik tentang asal usul manusia (perkembangan fizikal dan
budayanya, ciri-ciri rasanya dan adat resam, serta kepercayaannya).
BILINGUALISME
– Seseorang mengetahui dan menguasai dua bahasa serta mengamalkan dan
menggunakan dua bahasa tersebut dalam kehidupan seharian.
DIALEK
– Satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu
kelas sosial berbeza daripada bahasa standard, loghat, pelat.
DIGLOSIA
– Penggunaan dua bahasa yang berlainan atau dua kelainan bahasa yang satu
tinggi, rasmi dan formal sedangkan satu bahasa lagi rendah, tidak rasmi dan
basahan. Digunakan dalam lingkungan yang berlainan tetapi dalam 1 komuniti
bahasa yang sama.
ETNOGRAFI
– Cabang antropologi yang berkaitan dengan pemerian saintifik tentang
masyarakat manusia.
ETNOLOGI
–
Cabang antropologi yang mengkaji rumpun (suku, kumpulan) bangsa manusia dan
pelbagai aspek kebudayaannya serta perhubungan antara satu bangsa dengan yang
lain.
IDIOLEK
– Variasi bahasa seseorang individu.
MAKROSOSIOLINGUISTIK
– Meliputi bidang yang lebih besar seperti perancangan bahasa, pengajaran
bahasa, dasar bahasa dan penggunaan bahasa.
MIKROSOSIOLINGUISTIK
– Kajian tentang komponen interaksi bersemuka (face to face) sebagaimana berlaku yang berkait dengan struktur
formal bahasa. Komponen ini termasuklah peserta, suasana, fungsi, interaksi,
tajuk, pesanan dan saluran.
PSIKOLINGUISTIK
– Ilmu yang berkaitan dengan hubungan antara bahasa dengan perilaku dan akal
budi manusia.
SOSIOLINGUISTIK
– Kajian tentang bahasa dan pemakaian bahasa dalam hubungannya dengan
masyarakat dan kebudayaan.
SOSIOLOGI
– Ilmu yang meliputi segala jenis hal tentang masyarakat, iaitu bentuk-bentuk
tindakan yang dilakukan oleh manusia.
No comments:
Post a Comment